Minyak Bawang Putih

Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Saya sendiri ialah seorang penggemar bawang putih. Selain dari bawang putih,halia juga wajib ada di dapur saya.

Hari ni saya nak sharing tentang Minyak Bawang Putih yang selalu saya buat sendiri. Bawang putih ni kira macam ibu tumisan lah di dapur. Dengannya, akan menghasilkan lauk pauk dan masakan yang magik. ❤️

Ni contoh minyak bawang putih yang saya buat dari dapur saya. Jika berminat nak rasa, boleh klik di sini.  Ada juga ibu berpantang yang request untuk taknak ada garam langsung, kami usahakan. InsyaAllah.

 

anyway. Jom kita tengok apa yang Minyak Bawang Putih ni boleh buat 😀

 

1. Sup Fishball Chinese Style

Rebus fishball dengan lada putih. Tambahlan cube bilis serta MINYAK BAWANG PUTIH berserta bawangnya tau. Sampai mendidih. Dah siap! Garamkan ikut tahap yang kita suka. Celur mi, sayur dan siapkan condiments lain. Sedap super.

2. Roti Bawang Putih

Bagi penggemar roti dan selalu baking sendiri, hanya perlu oleskannya MINYAK BAWANG PUTIH atas roti sebelum bakar. Boleh tambah parsley atau apa-apa herba yang digemari. Semerbak satu rumah!

3. Bihun Putih

Kegemaran keluarga saya. Lada hitam, chicken stock, tumis sampai garing. Tambahkan sikit air. Masukkan MINYAK BAWANG PUTIH ni. masukkan mihun yang dah direndam dengan air paip. Dah lembut dan sebati, tambah bebola daging & sayur pilihan. Garamkan. Masa nak hidang nanti, letaklah lagi minyak ni kalau suka. Yang chunks coklat atas mi tu, ialah bawang putih dari minyak bawang putih.

4. Fettucini aglio olio

Yang ni wajib ada daun ketumbar. Blend akar ketumbar. Tumiskan. Masuk MINYAK BAWANG PUTIH & bawangnya. Masukkan lada hitam & perasa ayam. Masukkan udang/sotong/kupang/ayam. Tambah fettucini yang dah direbusbsempurna. Tambahkan brokoli, capsicum, mushroom dan sayur pilihan. Garamkan. Dah masak semua, matikqn api, tambahkan lotss daun ketumbar dan chilli flakes.

5. Nasi, telur & ulam.

Huhu. Tak ada pula gambar telur mata. Sebab selalunya memang itulah lauk saya. Goreng telur mata, atau bilis makan nasi panas yang dah digaulkan dengan MINYAK BAWANG PUTIH spicy, hat dah ditambah chiliflakes. Makan pula dengan ulam. Allahu yummy!

6. Udang & buncis tumis simple

Tumis cili padi. Masukkan udang. Masukkan MINYAK BAWANG PUTIH & garam. Tambah kacang buncis. Dah siap. Boleh makan dengan nasi panas. Simple tapi sedap dia tak boleh bawa bincang. Wuhu.

7. Ikan goreng air fryer

Ikan goreng ni mudah juga. Hanya perlu lumurkan dengan MINYAK BAWANG PUTIH & garam. Kalau nak tambah serbuk kunyit pun boleh. Nanti just guna air fryer ikut ketetapan jenis masing-masing ya.

Selain tu, ia juga boleh digunakan bila kita steam atau rebus sayur. Nak hidang nanti, tambahkan saja MINYAK BAWANG PUTIH ni atas sayurnya ya. Ni pula sumber gambar google.

 

Condiments bubur pun boleh. Bakar roti gardenia biasa tu pun sedap dah dengan minyak ni.

Apapun terpulang kita, bagaimana mahu menggayakannya. Bagi peminat bawang putih, kalau dah suka, gaya macamana pun tetaplah suka.

NOTA PENTING;

1. MBP terbaik diletakkan yang terakhir sekali dalam masakan untuk elakkan dia hangus. Unless kalau masakan bercirikan sup.

2. Even kalau nak buat nasi goreng pun. The simplest way ialah pecahkan telur, goreng sekejap dan campur nasi & sayur. Last sekali baru tambah minyak dan bawang putihnya.

3. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Ia akan membeku sikit tapi boleh biarkan dalam suhu bilik jika nak pakai.

4. Cara mudah super nak enjoy ialah makan dengan nasi panas. Untuk lauk hanya kukus saja & taburkanlah minyak & garlicnya. Yumsss amat.

Selamat mencuba, hangpa!!

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465