Mihun Bodoh, sedap sangat!

Maafkan namanya yang tak elok ya.

Ini memang nama panggilan mihun ni dalam keluarga kami. Itupun sejak beberapa tahun kebelakangan saja, resepi mihun ni muncul.

 

Hanya perlu blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan udang kering saja. Tumis.

Jangan tambah apa-apa bahan lain, untuk mengekalkan kesedapannya ya. Untuk mihun pula, bagi mengekalkan cantik elok dan tak patah, hanya rendamkan dengan air paip saja sekitar 10 minit. Selalu saya gunakan jenama Faiza. Lepastu, Perasakan.

Saya taburkan dengan daun bawang putih yang begitu flavorful. Tambah pula telur mata goyang.

Selamat mencuba ya!

p/s : udang kering letaklah dalam ratio bersesuaian. Seperti jumlah yang kita guna kalau gunakan ikan bilis. Saya selalu beli udang kering borong di shopee. Beli setengah kilo terus. Harganya jauh lebih murah.

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465