Lauk Raya : Seminggu kena perangat!

Saya tak tau orang lain.

Tapi memori tentang lauk raya masa kecil agak sadis juga.

Seminggu kami kena makan lauk yang sama, diperangatkan sampai ke sudah.

Selagi tak habis, jangan cuba-cuba request lauk lain!

Bukan apa,

Zaman tu ‘munjung-munjung’ ialah tradisi wajib. Masak lebih sebab nak mengunjung orang. Masalahnya bila mereka pulangkan balik menjungan tu, masyaAllah, lauk-lauk terus jadi macam tak luak. Malah lebih banyak pula.

Bila dah remaja sikit,

Pandai dah curi-curi goreng telur sendiri.

Itupun hari ketiga kira dah habis limitlah makan lauk raya. Berlemak, berpulut, rasa kembung betul perut.

Waktu tu kalau dapat nasi putih, telur dan kicap masyaAllah! Lagi-lagi kadang maksu kami pegi rebus ubi dan gu kan dengan sambal menjeng.

Ya Allah, berebut makan!

Pasal lauk raya ni,

Kadang sampai terbuang.

Ni contoh sambal menjeng tapi yang ni ada kentang. Huish makan dengan bubur sedap ni.

Ada satu masa, memang dah tak boleh telan lagi. Semua orang pun kebanyakannya akan hadapi perkara yang sama. Puas dah menghantar pada jiran untuk kurangkan lauk raya, tapi akhirnya lauk-lauk tersebut akan datang kembali dengan versi masakan tuan rumah. Waktu nak panaskannya nanti, akhirnya terpaksa campur semua.

Maksudnya, rendang lembu jiran-jiran yang mengunjung akan disatukan dengan kita punya. Rasanya nanti adalah off sikit, lagiiiilah kebarangkalian lauk tu habis semakin tipis.

Tak pasti apa solution terbaik sebenarnya. Sesungguhnya ini pembaziran. Bukan kita tak bersedekah pada yang memerlukan, akhirnya tetap juga akan ada lauk sebagai replacement.

Cuma baru-baru ni bila beraya sendiri di musim PKP ni, saya terfikirkan beberapa resolution untuk isu ni, mungkin saya akan guna untuk next raya.

  1. Masak seadanya lauk raya tak perlu banyak. Cukup sekadarnya untuk keluarga dan beberapa tetamu. Jika ada extra tetamu datang, dan tak cukup, masak sajalah mi goreng atau menu lain.
  2. Sama ada kita yang mengunjung atau dikunjung, saya prefer beri & balas makanan kering. Be it kerepek, kuih raya dan sebagainya.
  3. Terus beri bekas pakai buang untuk mengunjung supaya mereka tak pening-pening nak pulang bekas kita dan terus terang dengan mereka yang kita tak harapkan balasan kerana risaukan pembaziran. Bab terus terang ni saya selalu amalkan kalau kat sekolah ada buat jamuan & mereka packing kan untuk kita. Di rumah saya hanya duduk berdua. Saya memang tak ambil kerana khuatir membazir tak dimakan.
  4. Masak makanan lain yang tak dalam kategori lauk raya. Contohnya laksa penang. Serius bila semua dah mengunjung lauk yang sama, makanan yang lain dari yang lain tu yang akhirnya akan dimakan. Sekurang-kurangnya adalah makanan yang berpotensi untuk habis dan tak membazir.

Ini hanyalah opinion dari saya saja yang sejak kecil ada pengalaman menghadap lauk raya selama seminggu 🤣

Dah jadi macam satu paksaan pula bila wajib habiskan, baru boleh makan lauk lain. Makanannya pula semua berminyak, berlemak.

Akhirnya, kenapa kita kena menyeksa diri kita sendiri (dengan alasan nak elak pembaziran), sedangkan kita boleh control kuantiti makanan tu at the very first place.

Tidak salah menyambut dan meraikan Aidilfitri. Tapi sambutlah ia dengan cara yang Allah suka, elakkan pembaziran. Kemeriahan dalam ketaatan.

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465