Mudah sangat nak buat Shakshuka ni, cuma perlu..

Pernah makan sekali masa di Mekah. Sampai ke sudah teringat-ingat.
Tapi senang cerita Shakshuka ni rasanya bold dan lebih kurang macam rasa kuah bolognese saja.
Bezanya yang ni tak guna herbs sangat dan pecah telur atasnya. Shakshuka ni simple nya, tak perlu letak daging cincang.

Untuk buat Shaksuka ni:

Dadukan bawang merah, bawang putih, tomato, cili padi (tambah sendiri sebab bangsa suka pedas), blackpepper. Tumiskan. Masukkan tomato puree dan daun ketumbar. Perasakan. Lepastu nanti bila kuah dah elok pekat, buat lubang di periuk, pecahkan telur. Ikut saiz periuk, nak masuk 2, 3, 6 biji terpulang. Tunggu lagi dalam 5 minit, tak perlu tutup periuknya ya, kalau tak nanti putih telur tu akan cover kuning telur. nampak tak menarik nanti 🙂

Dah siap tu, taburkan dengan dauk ketumbar dan black pepper sikit.

Bolehlah dimakan dengan roti.
Nak makan macam tu saja? Boleh.
Nak tambah ayam? Boleh saja.
Nak makan dengan nasi?

Ya Allah terpulang hangpa. Kita yang makan dia.
Makanan mediterranean ni memang simple dan boleh dipelbagaikan.

Selamat mencuba!

 

6 biji telur. Nampak menarik. Yang ni dia tambah daging di kuahnya.

 

Hat ni yang saya masak berbuka semalam. Pan 18cm saja, muat untuk 3 telur. Itupun macam bersesak dah telurnya.

Dah tengok resepi ni, rasa mudahkan? Bahan-bahannya ada di dapur kita saja. Boleh lah cuba nanti. Ajak sedara mara dan orang kampung cuba resepi best ni.

Nak komen apa-apa?

huhu. Kalau takde komen, hangpa pakatlah share resepi ni wokay.

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465