PKP: Isteri duduk rumah mertua lama-lama?

Mama selalu pesan, biar banyak rumah, jangan banyak orang. Duduk beramai-ramai, banyak keluarga, banyak nak kena jaga, banyak pula salah fahamnya.

Sampai ada kawan saya pun dah start mental breakdown sebab duduk beramai-ramai dengan keluarga mertua di kampung. Stranded masa awal PKP. Suami mungkin kurang sensitifnya berbanding isteri.

Yang isteri, nak jaga auratnya, nak bersuara lunak & bermanja dengan suami, nak baring-baring golek-golek sesuka hati. Kena kongsi bilik beramai-ramai, tiada bilik kelamin, tiada ruang privasi.
Tambah nak kena masak berbelanga-belanga sehari, ialah ramai sangat yang duduk di rumah tu.
Belum tentu semua mahu beri kerjasama.

Suami rileks je, dia tidur sepanjang hari kat rumah mak mertua pun, mak mertua takkan berbunyi.
Kalau berbunyi pun, manalah mereka simpan dalam hati.
Lain mekanisme perasaan dan emosi mereka.
Isteri tak macam tu. Dia geram, dia pendam, tunggu masa meletup saja.

Duduk seminggu boleh lagi.
Masuk minggu kedua, ini memang menyeramkan.
Isteri ada takungan emosi yang perlu dijaga. Suami lah yang kena memperkuat.

Sebab tu saya respek sangat isteri yang boleh duduk berlama-lamaan, berbulan, bertahun di rumah induk, yang dalamnya ada banyak keluarga. Banyak sangat nak kena jaga. Even, nak mendisiplinkan anak pun tak mudah. Banyak sangat campurtangannya nanti. Kita tak dapat didik anak kita ikut acuan yang kita mahukan.

Kalau keluarga lain acuannya baik-baik tak apa.
Kalau yang jenis kaki game, kaki movie, kaki filem porno, kaki cakap kasar, cakap merepek dan kurang ajar dan sebanyak kaki lagi, macamanalah kita nak bertahan dan protect anak kita dari segala macam?

Anyway,
Gerak Malaysia ni, ambil peluang balik rumah masing-masing. Kita bugarkan balik takungan emosi isteri kita tu! Dia perlu privasinya sendiri.

Sebuah catatan PKP untuk dikenang-kenang.

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465