Pecel Lele ringkas tapi sedap super

Aruah mama suka sangat masakan ni. Bila-bila teringatkan mama, saya selalu teringin nak masak lauk ni.

Tapi masalahnya susah sangat nak dapat stok cekur di kawasan saya.
Sampai kami terpaksa pergi nurseri dan beli pokoknya, lepastu tanam di rumah.
Itupun saya dah pesan pada suami, supaya jangan selalu request lauk ni sebab nanti pokok cekur kami akan kepupusan. Aduhai lah kan 🙂

Basically ikan yang biasa dipakai untuk masak pecal ni ialah ikan keli dan ikan pari.
Bakar siap-siap dan kemudian baru masukkan dalam kuah pecal yang super mudah nak buat. Serious, insyAllah mudah dan jadi. Moga Allah izinkan sedap!

 

Pecel pari

 

Pecel lele. Nampak warna merah sebab pakai cili padi merah.

 

Bakar siap-siap sebelum masuk dalam kuah. Jangan kunyitkan ya.

 

Haritu masak pecel lele & beri pada kawan-kawan untuk juadah berbuka puasa.

So, hari ni saya share resepinya ya. Apapun, perlu ingat :

Satu saja pantang pecel ni, kalau nak sedap.
JANGAN ada kunyit langsung. Samaada di ikan atau di kuah. Rasanya terus akan off.

Untuk 4 ekor keli sedang;

Tumbuk / blend air sikit saja ; bawang merah sedang 2 biji (lagi banyak lagi sedap), bawang putih 2 ulas, cekur 4 biji, belacan 1 inchi, cili padi 5 batang.

Masuk dalam kuali sampai menggelegak – tak perlu tambah air lagi, masukkan satu kotak santan kecil, dan 1/3 air sukatan kotak yang sama. Letak sikit asam keping. Perasakan.

Nak berbuka nanti, baru letak ikan yang dibakar. Kalau tak kembang sangat. Ingat ya, masa hangpa bakar ikan tu, garamkan saja. Jangan letak kunyit ya.

 

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465