Rupanya ini sebab kenapa perlu baca quran sebelum subuh!

Sesiapa yang pernah kehilangan orang tua, pasti tahu rasa sakit rindu tu macamana.
Kalau boleh apa saja yang mereka sayang, semua kita nak simpan.
Itu saja cara yang boleh saya guna untuk lepaskan rindu.

Lepas mama pulang kepada Pencipta, saya minta izin abang Long untuk bawa pulang ke Melaka Quran mama ni.
Quran ni special sangat bagi saya. Sebab saya yang hadiahkan mama dan mama happy sangat sebab tulisannya besar super.

Mama asyik ucap terima kasih sebab selama ini mama ada masalah nak membaca al-Quran kerana penglihatannya semakin kabur. Sejak hari saya beli, sampailah mama pergi berkali-kali mama khatam dengan Quran ni, sampaikan dah tercabut kulitnya pun, mama masih setia gunakannya.

 

Ni lah al-Qurannya. Memang dah tercabut kulit, penandanya siap dah berburas.

Jadi Ramadhan ni, bila dah terlalu rindu mama, saya decide untuk khatamkan quran mama ni.
Suprisingly ia lebih selesa dan memudahkan kerana tulisannya yang besar tu.
Tapi, bila baca Quran yang mama sayang, perasaanya lain macam sangat.

Ada satu masa tu, waktu saya mengaji, terselak satu page al-Quran yang mama lipat.
Entah kenapa sebak sangat.
Saya letak tangan atas lipatan muka surat tu, lalukan tapak tangan sepanjang lipatan.
Lepastu air mata mengalir tak henti-henti.
Ibaratnya macam merasai bekas tapak tangan mama yang pernah singgah di situ.
Pun begitu, dalam sebak, saya puas. Barangkali saya sedang memujuk diri sendiri.
Sekurang-kurangnya saya dapat pegang al-Quran mama, walaupun tak dapat sentuh dan peluk orangnya lagi.

Apapun, babah dan mama dah terlepas penghidupannya di dunia ini.
Haritu saya dengar ceramah Ustaz Wadi, mereka yang telah mengalami sakaratul maut takkan mahu lagi kembali mengalaminya kerana proses itu teramatlah sakit.

Bagi mereka yang beriman,
proses sakarat tetap menyakitkan, tapi Allah beri rasa tenang kepada mereka.
Para Malaikat akan datang dengan wajah yang membahagiakan, dipakaikan pula dengan kain kapan yang wanginya setara dengan wangian paling wangi diĀ  dunia. Sesungguhnya apabila jenazah telah diperlihatkan gambaran ini kepada mereka, maka berbahagialah mereka kerana perjalanan ke alam seterusnya ialah perjalanan yang mudah.

Dalam perjalanan nak dikebumikan,
ruh orang beriman akan merentasi tujuh langit dan dibawa bertemu Allah, lalu Allah khabarkan bahawa buku amalannya akan diletakkan di Iliyyin, maka berbahagialah mereka.

Lepastu, malaikat akan bangunkan ruh ini di dalam kubur untuk menjawab soalan munkar dan nakir. Saat malaikat datang, mereka halau semua amalan yang menemani kita di kubur. Semuanya akan pergi, kecuali al-Quran yang dibaca oleh kita sebelum subuh. al-Quran ini akan stay dan jadi peguambela kita nanti. Beruntungnya mereka yang lazimi bacaan al-Quran sebelum subuh.

Allahu. Sehinggalah bila semua soalan dapat dijawab dengan baik, satu suara dari langit akan minta malaikat bawa kita ke taman syurga. Waktu itu, para malaikat akan jemput kita sebagai tetamu istimewa.
Kubur kita akan jadi seluas-luasnya dan kehijaun. Inilah ganjaran untuk mereka yang selalu melazimi tahajjud.
Pada waktu ini, hidup bahagialah ruh-ruh orang beriman ini di taman syurga (belum masuk syurga lagi) sehinggalah hari kebangkitan di mahsyar.

Bagi mereka yang tak beriman kepada Allah pula,
sakaratnya sangat azab. Didatangi dengan para malaikat yang bengis serta dipakaikan dengan kafan yang sebusuk-busuk bau di dunia ini. Ketika itu, tahulah mereka bahawa perjalanan untuk mereka tempuh nanti amatlah menyakitkan dan menggerunkan.

Ruh kelak tidak diterima langit, merayau-rayau, diseksa kerana tak dapat menjawab soalan munkar nakir dan diletakkan di dalam lubang neraka (belum neraka lagi) sehinggalah hari kebangkitan kelak. Dikhabarkan, lubang neraka pun cukup amat buat ruh sengsara,

Saya banyak dengar tentang cerita alam barzakh ni daripada youtube Ustaz Wadi dan Ustaz Dusuki.

Kita semua mahukan syurga, tapi kita tak cukup menghayati perjalanan-perjalanan kita dalam hendak sampai ke destinasi syurga impian kita. Penting unttuk kita tahu dan merasai tentang alam-alam yang bakal kita lalui nanti.
Kerana kita semua adalah bakal jenazah.

InsyaAllah saya akan keep sharing tentang alam seterusnya;
Be it Mahsyar, Syurga dan Neraka.

Saling mendoakan.

 

 

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465