Lebih 20 jenis, amazingnya produk Ramly ni :)

Haritu encik ajak pi kedai baru kat kawasan kami ni. Masalahnya nama kedai tu, Jojok Mart huhu. Saya punyalah tanya, ni kedai barang-barang dari Indonesia ke bang? Suami sengih saja dan buat muka cool.

“Masuk nanti taulah,”

Sampai-sampai kedai tu nampak signboard Ramly. Bila masuk, masyaAllah! Rambang mata sangat. Banyak rupanya range produk Ramly ni.

Ada 6 deep freezer kesemuanya yang memuatkan;

1. Sosej, bebola & daging kisar.
2. Samosa daging, ayam, lasagna & kek. Kek pun ada tau!
3. Daging-daging burger – ayam, daging, kerbau, udang, rusa dan ikan. Bergedil pun ada guys! Another level kan?
4. Daging steak pelbagai bahagian, ayam dijual  whole body, dan produk daging.
5. Nugget ikan, ayam, daging – either bersalut biasa atau tempura.
6. Pelbagai jenis fries. Kami pernah beli fries tempura tu, rasanya sebijik macam KFC punya yang crispy tu.

Saya sempat juga ambil beberapa produk gambar.
Hangpa boleh tengok kat sini. Tapi seriuslah, saya amaze sangat dengan range produk ramly ni.
Banyaaaaak rupanya. Roti pun depa ada jual.

 

Menarik kan semua range produk Ramly ni? Bolehlah tambah review di Banat Kitchen nanti.
Bangga saya bila tengok usahawan bumiputera  hasilkan produk yang berkualiti begini.
Alhamdulillah, adalah beberapa produk yang kami beli hari ni. Bolehlah cuba waktu moreh nanti, insyaAllah.

Bagi orang-orang Melaka yang nak ke sini, bolehlah waze Jojok MART Ramly. Kedainya betul-betul seberang jalan Speedmart 99.

Atau boleh contact tuan kedai dulu sebelum datang. Maklumlah musim pkp ni.

 

Dalam produk yang saya tunjukkan ni, kawan-kawan pernah try produk yang mana? Latest saya cuba fries tempura. Rasanya macam fries KFC yang crispy tu. Yummy!
Anyway, marilah kita terus menyokong barangan bumiputera. #BMF forever okay.

 

error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465