Nama kita telah ditentukan sebagai penghuni syurga atau neraka?

Haritu dengar pengisian Ustaz Prof. Hasnan Kasan di Youtube.

Ada satu hadis,
Rasulullah berkata;
Allah menjanjikan setiap saat dalam Bulan Ramadhan,
untuk membebaskan hamba-hamba yang namanya telah tertulis untuk ke neraka.

SETIAP SAAT!

Maksudnya,
Mana-mana hamba yang namanya telah tertulis untuk berakhir ke neraka,
masih berpeluang memohon ampun dan ke syurga.

Ustaz ajarkan satu doa,
Which is doa ni dibaca selepas bacaan sujud tiga kali. Laziminya dalam solat fardhu ke, terawih ke, solat sunat ke, sepanjang bulan Ramadhan.

Kenapa ustaz suggest waktu sujud?
Kerana waktu ini ialah waktu seorang hamba paling dekat dengan penciptaNya.

Laziminya selepas bacaan sujud


Mudah kan? Doanya sangat-sangat pendek, senang saja nak hafal insyaAllah.
Allahummaj a’lni min utaqoika minannar.
Ya Allah jadikan kami tergolong, dalam golongan yang Engkau merdekakan daripada api neraka.

—–

Masa dengar pengisian ustaz ni,
Saya terkejut juga. Ialah, saya tak banyak ilmu.

Bagaimana lahirnya seorang hamba tu,
Telah ditentukan pengakhiran masuk ke syurga atau ke neraka. Jadi, sia-sia ke kita ni berbuat baik kalau belum apa-apa nama kita sudah ada di neraka? 🥺

Lalu saya bertanya pada guru saya.
Guru saya cakap, itu semua adalah ketinggian ilmu Allah, Banat.
Allah tak zalim tentukan sesorang masuk neraka tiba-tiba.

Tapi, ketinggian ilmu Allah itu, ialah Allah tahu amal kita sepanjang kehidupan nanti macamana.
Semua dalam pengetahuan Allah yang Maha Tahu.
Sehingga amalan kita nanti menjerumuskan kita masuk ke neraka atau ke syurga.

Iya, akhirnya semua tergantung pada amal kita di dunia ini.
Sebab tu kena selalu doa dan beramal.

Allahu.
Semoga Allah ihsan pada kita.
Usahalah selagi berpeluang dan berdaya. Kita tak tahu, nama kita ini, letaknya sebagai penghuni syurga atau neraka. Nauzubillahi minzalik.

Jom, Ramadhan yang masih berbaki ini,
Kita usaha semampu daya untuk lazimi doa ni dalam sujud kita.

2016/11/27, USTAZ HASNAN KASAN : Surah Al-Isra', Ayat 70: Antara ...
Ustaz Professor Hasnan Kasan

Boleh dengar lebih lanjut, perkongsian ustaz di sini ya.

Tags:
error

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Mohon kongsikannya, ya!

  • Facebook465
  • Follow by Email
  • RSS465