Mutabaah

UPDATE: 2260 naskhah telah terjual. terima kasih kepada semua pembeli atas kepercayaan anda membeli produk di banaty.com

OKTOBER 2012 :

Kepada semua yang bertanya tentang mutabaah amal, saya cuba menjawab secara pukal ya.

1. Mutabaah amal boleh dgunakan untuk sepanjang tahun,tetapi hanya dijual di bulan ramadhan.
2. Stok sudah tiada kerana masih dalam fasa improvice
3. Satu mutabaah dgunakan untuk sebulan.
4. Perubahan harga mungkin berlaku bergantung kepada kualiti produk yang bakal dihasilkan.
5. Disebabkan ramai readers yang berminat nak menjadi pengedar, saya akan cuba usahakan-bukan apa,saya tak pernah terfikir yg program kecil-kecilan saya mendapat sokongan.


To all readers and buyers, terima kasih kerana sudi ‘menterjebakkan’ diri dalam bermuamalah di banatly.com. Saya sangat terharu kerana mutabaah amal saya bermula hanya sebagai hadiah fun dan kecil2an buat akhwaty di medan dakwah.

Saya berazam untuk menghasilkan mutabaah yg lebih berkualiti. Doakan saya!

** sedang terfikir untuk mula menjual sepanjang tahun, tapi tungguuuuuu produk sedang di improvice!!

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli Muabaah Amal dan Booklet Ramadhan, sila berikan nama, email dan jumlah tempahan di ruangan komen. Atau boleh email terus ke hazwani.md@gmail.com. InsyaAllah, kami akan meghubungi anda. Terima kasih.

Pada saya Mutabaah Amal/booklet ini harus dibeli oleh semua orang sebagai:
a) Memudahkan evaluation kita pada amal kita, bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai reflection pada iman kita.
b) Naskhah kecil yang boleh dihadiahkan kepada kawan-kawan, sahabat baik, mad’u, anak-anak Usrah, mak, abah, suami, isteri, atuk, nenek, adik beradik, anak sedara sebagai ingatan dan tanda kasih sayang. Mereka mesti rasa sangat gembira dan appreciate naskhah ni.
c) Boleh juga dihadiahkan sebagai hadiah sempena Ramadhan yang bakal tiba ini. Bulan Ramadhan bukankah bulan ummat Islam menggandakan amal ibadat?

Naskhah Mutabaah Amal/booklet ini juga mempunyai ciri-ciri menarik:
a) bersaiz kecil, mudah diselit dalam quran tafsir yang biasa kita bawa berhalaqah. Boleh juga diletakkan dalam poket kemeja.
b) Berwarna-warni dan menarik hati.
c) Dijadikan dalam bentuk komik untuk disesuaikan buat semua golongan.

Kalau saya buka tempahan untuk booklet sempen majlis kahwin atau apa-apa keraian, ada siapa-siapa tak yang mahu tempah?! Boleh bagi pada tetamu yang datang. Selain memberi cenderahati, boleh juga beri ilmu! Haa….menarikkan?

Ok, ayuh tempah!

UPDATE 25/7/11

As Salam.
Terima kasih kerana drop by di banatly.com.
Hari ini saya ingin menjawab soalan daripada readers yang masuk dalam email saya. Kebanyakan soalan lebih kurang saja. Jadi, saya ambil peluang di sini, untuk memberi penjelasan lanjut tentang booklet-booklet yang kami jual.

Booklet kami ada 2 jenis:

1) Mutabaah amal : checklist amalan bulan ramadhan seperti solat jemaah, baca quran, menderma dan etc. Selalunya booklet ni org2 dewasa yg akan beli sebab dia agak sesuai untuk dewasa. setiap amalan ada disertakan hadis atau tafsir ayat quran.

Mutabaah ini membantu siapa2 yang ingin melipat gandakan amalan atau istiqomah dalam beramal. Tak semestinya pada bulan Ramadhan saja. Cuma, sebab kami di banatly.com lebih memuliakan bulan Ramadhan maka terhasillah mutabaah Amal sempena Ramadhan Kareem ini.

2) Komik ramadhan : komik yang menceritakan amalan-amalan yang dapat dilakukan di dalam bulan ramadhan. Sesuai untuk kanak-kanak sebab banyak kartun dan disampaikan secara santai. Contohnya macam menghantar juadah ke rumah jiran tetangga.

kebanyakan pembeli, especially cikgu2 suka beri kepada anak murid masing-masing dan kawan-kawan. Ada juga yang beli untuk officemate sebagai tanda ingatan di bulan Ramadhan. Bersama-samalah kita jadikan Ramadahan itu lebih indah dan berukhwah dengan menghadiahkan booklet ini!

|| Always have faith to Allah ||

Hazwani Mohd Dah,
A murobbiah by profession,
A full time dae'i by chance.


2 thoughts on “Mutabaah

  1. adibah rashid

    salam..
    saya berminat nak mendapatkan buku mutabaah ni..
    saya nk bertanya buku mutabaah ni masih ada stokkah, sekiranya masih ada bagaimana pulak dengan urusan pembeliannya….saya berhasrat untuk membeli 10 buah buku…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge