Dr. Zainon Kegemaranku

Hari ini saya telah mendapat injection kerana allergic dan gatal-gatal. Sudah 26 tahun hidup di dunia, baru saya tahu yang saya ni allergic ikan pari T___T uhh ikan pari masak asam pedas yang mak masak adalah keterlaluan sedap, kalau makan rasa di awang-awangan.

Tapi doktor Zainon yang lembut bertudung labuh tu kata, allergic ni kadang-kadang dia datang dan tiba-tiba dia boleh hilang tanpa sempat kita berkenalan. Hehe, comelnya! Well, saya sangat suka ke klinik Zainon tu sebab dr Zainon selalu offers penerangan yang baik dan bermanfaat walaupun muka dia nampak penat melayan pesakit-pesakit yang tak putus-putus.

Ok. hari ini sya nak cerita pasal doktor zainon lah!

Dr. Zainon juga selalu bagi tazkirah sebagai vitamin untuk roh-roh pesakitnya. Sebab itulah saya rasa, banyak orang sanggup beratur panjang-panjang dalam kliniknya, demi mendapat ubat bagi fizikal dan roh mereka. Allahuakbar. Doktor beginilah yang kita perlukan demi melahirkan rakyat Malaysia yang kenal penciptanya. Bila sudah kenal pencipta, mereka akan tahu dan faham role merka sebagai khalifah. Maka akan amanlah dunia ini daripada dirosakkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Sebenarnya, siapa pun di dalam dunia ini. Be it – cikgu, tukang sapu, penjual buah, pemilik kedai, wartawan dan sesiapa saja mampu membawa orang sekeliling mengenal Allah. Asalkan kita sedar tanggungjawab kita untuk saling ingat-mengingati.

Hijrah dalam hidup saya sendiri bermula apabila ada orang ambil peduli dan saling mengingatkan. Dia langsung sedikitpun tidak putus asa bila saya selalu memberi alasan itu dan ini untuk menyertai majlis ilmu. Walau jauh macamanapun saya lari darinya, dia tetap mencari saya. Sehinggalah satu hari, hati saya terbuka untuk mengikuti majlis ilmu. Hari itu, di dalam bilik yang berlangsungya majlis ilmu itu, saya sudah terkena renjatan cinta dan terjatuh cinta dengan kalam Allah, apatah lagi si Penulis kalam itu sendiri! Pengakhirnya, apabila mereka membawa saya menyoroti satu persatu tafseer kalam Allah yang indah, saya terus jadi seorang pencinta yang angau!

Benar, saya ini dibesarkan dalam keluarga awam yang tidak pernah tahu bahawa apabila membaca al-Quran, seeloknya kita mengetahui tafseernya. Lalu kita sendiri tenggelam dalam liuk lentok suara merdu dalam mengalunkan bacaan al-quran, tetapi jiwa itu tidak hadir bersama kerana kita tidak faham apa yang kita lagukan. Kita jadi bangga sendiri bila kita pandai melagukan al-Quran sedap-sedap sedangkan orang lain tak pandai. Walhal, mereka yang memahami itu jauh lebih baik daripada kita.


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
(103:3)

Jadi, konsep saling ingat-mengingatkan memang perlu walau dalam zaman apa pun kita hidup.
Saya terharu bagaimana bersungguhnya sahabat saya itu mengejar saya walau dulu saya dikenali sebagai Si Kelapa Batu yang Garang.
Erk.. Menakutkan betul nama itu. Ya itu memanglah saya reka sendiri, tapi saya kenal diri saya. i was Si Kepala Batu yang Garang.

Jadi, sekarang kamu dikenali sebagai apa ye cik Banat?
he… Saya sekarang ialah si gadis ________________________ (belum cukup kenal diri, boleh suggest? :) Akhawwat kan sangat kenal saya )

Till then. Saya ini penulisannya agar bersepah dan kalau dari segi saintifiknya boleh dikelaskan sebagai penulis yang mencapah. Starts with Dr Zainon yang solehah, ended with isi tempat kosong????! haha!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ramadhan is coming!

Yes, I am missing you
So they are
Allah, please give us opportunity to meet Ramadhan again
:’(

shall I?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Melakar kata

Sudah lama saya tak berbicara tentang hati. Saya faham entry berbentuk cerita hati tak patut ditulis di sini dan selayaknya ditulis dalam hati saja sampai jadi tukun.

Tapi, sebab saya bukan Fasha Sandha, jadi entry berciri hati boleh di post di sini. Who care to read banatly’s heart-post? Who is she? Newcomers? :) Anyway!

Lately ini saya telah berputus asa pada dua perkara yang saya rasa amat berkait antara satu sama lain. Memangkan, berputus asa adalah pilihan terakhir,but i can say that i find no way to overcome it.

Well, yes. Asalkan berputus asa tidak melibatkan ketauhidan dan amal,maka silalah berputus asa.Atau, sejak dari awal lagi ia tidak perlu ada dalam wishlist hidup saya? Dan sepatutnya dari dulu lagi tak perlu saya work on untuk dua perkara ni? Errk. Ok. Yang itu nanti aku fikir.

Tak. Sebenarnya, yang dua itu, kedua-duanya bersifat dunia yang terpandu ke arah syurga abadi, selagi dinakhoda dengan baik.

Bukankah semua yang di dunia ini boleh dijadikan ibadah selagi lillahi ta’ala?

Jadi? Jadi banat kamu tak harus putus asa dan kembali berusaha. Sasarlah tinggi macamanapun, ikhtiarlah sehebat manapun, tapi asalkan ada jiwa yang sedang redha dgn perancangan Allah, maka semuanya akan baik-baik saja bukan.

Buat diriku yang selalu lupa,
Jadikan dunia ini sejadah untukmu beramal sebelum pulang bertemu Pencipta..

Buat hati,
Putus asa tidak baik untuk kondisi iman..

Posted from WordPress for Android

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
1 of 151123...510152025...i was»